Monday

Hati & Manusia

Bismillahirrahmanirrahim


Setiap manusia tidak terlepas dengan penyakit hati,sakit hati,iri hati,makan hati (termasuk hati ayam,limpa,kaki,tongkeng dan so on).Macamtu juga lah aku -_-

Cuma..cuma..aku ni jarang amek port hal-hal berkaitan hati ni.(Padahal sibuk duk menangis dalam bilik air.)Sesungguhnya Hati pertama yang harus aku jaga bukanlah hatiku sendiri tetapi Hati Ibu.Hati kedua hati orang lain.Last sekali baru hati sendiri.Soal hati dan perasaan cukup lah hanya Dia yang tahu.

Petua Penawar sakit hati adalah:

1.Muhasabah diri
Kadang-kadang aku pun alpa,lalai,tulis post muhasabahkan diri.Tapi kenkadang aku hanyut.Aku insan biasa.Cuma bila aku terasa yang diri sendiri seolah2 jauhhh jauhhh dan hanyut dek ombak badai duniawi,cepat-cepat buka google.Cari kata-kata motivasi untuk dijadikan panduan.*Takde kena mengena dengan muhasabah diri kot*
Sebelum kita salahkan orang lain,cuba pergi dekat cermin.Tengok diri kita sendiri.Cuba bertanya pada diri sendiri.

2. Jauhkan Diri dari sifat Iri Hati dan Dengki

"Hoi!si Bedah tu beli iphone 5!mane die dapat duit?Die kan student,mak ayah die pun bukan dato ke datin mahupun pengetua.Entah-entah sugardaddy die kasik kot?".haha.itu yang terjadi selalunya.Nak tau sebab ape?mungkin sebab aku pakai Sony Xperia V je die pakai iphone.Nampak tak ke iri hati-an di situ?

ataupun

"eiii..Husband dia bukan keje pegawai pun.Ade diploma je pun.Tengok tu ha..pakai kereta biasa je..."
Sebab ape?mungkin sebab kau belum ade husband orang lain dah ada?haha.Tidak perlu iri hati atau dengki.Bisik lah pada hatimu,yakin dan kukuhkan hatimu,percaya pada janji Allah SWT.Jangan selalu memandang ke atas,seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.Hapuskanlah dahulu sikap cintai dunia,sehingga dengki menghilang.

3.Jauhkan diri daripada Sifat Amarah dan Keras Hati.

"Ahhhh...aku memang marah dengan si Bedah tu.Dia KUTUK aku?Pantang nenek moyang moyot aku orang kutuk2 belakang ni.Cukup pantang hokehhhh! ingat sini bedah,aku takkan maafkan kau walaupun kau beli kan aku nasi ayam Mustafah sebungkus."
cubalah kau halalkan je orang kutuk kau tu dan maafkan mereka.Bukankah hati kau lebih tenang selepas tu?Pernah kah setiap kutukan yang terkeluar dari mulut,kau perasan?mmg takkan perasan sebab sedap apa mengumpat ni.hehe.Istighfar kawan,istighfar.*selfremindarrr*

4.Memupuk sifat Pemaaf

"Aku maafkan dan halalkan softlan dan Downy ku kepada orang yang menggunakannya"
Situasi kat hostel.Aicehwah baik betul.Taktau dalam hati berapi rasa nak pasang cctv kt bilik air kt hostel.Lepastu cekup sape yang amek.Kalau Junior amik "Siap kau!" Tapi kalau Senior amik "Takpelah kak, mak saya beli memang untuk kongsi dengan kawan2".Inilah ironinya.

Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
 5. Husnuzon(Berprasangka Baik)



 6.Ikhlaskan diri

Orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk serahkan segalanya sebulat2nya hanya kepada Allah.Berdoa,usaha dan tawakal.

Bersyukur bukanlah bila kau dapat 5A time upsr ataupun kau dapat kerja kerajaan ataupun kau dapat makan tatkala perut kau laparudin.tetapi bersyukur lah pada setiap nikmat yang telah diberikan.even kau ditimpa ujian yang cukup berat.kerana sekurang2nya kau tidak diabaikan oleh-Nya.

Ikhlas kena ada time memasak jugak ok..bila memasak tak ikhlas memang tak sedap.(Semenanye tengah makan bekal my mum.So berkemungkinan ada kaitan dalam post ni jugak kot) :p

P/S : Maaf asyik sebut nama Bedah,sorry kalau tersedak Bedah ^_^


# bersyukur dapat ikut rombongan sekolah tiap2 tahun.haha.



# bersyukur ada mama yang masih menjadi ustazah ketika aku sdg drive :p

-------------EndPostHati&Manusia-----------------



FirstPost Part 1

Assalamualaikum ;)

Actually sebelum ni,aku letak nama aku sendiri untuk belog ni.Memandangkan jejari aku kosong,Takda cincin  ops.haha.BUKAN.memandangkan aku bukan lah seorg penulis dan Jejari aku hanya suka menulis menulis kosong,jd aku lah Si Jejari Kosong.*Abaikan mukadimah yang panjang ni.*

Dan dan dan...blog ini bukan lah untuk jadi blogger tetapi untuk mengeluarkan ekspresi ekspresi  yang  aku alami di sesetengah masa dan kehidupan.Tetapi insyaallah aku letak jugak la gambar-gambar dalam setiap penulisan aku ni.Tapi tapi tapi...bukan nama aku.haha.Yes aku ada twitter,aku ada instagram(macam insan biasa lain)*aicehwah* tapi bagi aku twitter aku bukanlah aku.Ayat ape yang aku keluarkan ni?berbelit??

------------------End FirstPost Part 1-----------------